PENANG PULAK!

3:45 PM

Sedar tak sedar dah 4 bulan lebih auni di NICU. Auni masih tak dapat off oksigen. Tambahan pulak auni ada pneumonia banyak kali. Kahak pun tak mau hilang.

Tiap kali rooming in NICU selalu sedut kahak auni sebelum feeding. Dah beli macam macam minyak telon dan balm untuk hilangkab kahak auni. Namun tak sembuh jugak.

Umi rooming in seminggu, balik rumah sehari dua. Kadang kadang kalau ayah kerja shift pagi umi ikut ayah je pergi kerja. On the way nak ke tempat kerj ayah, ayah drop umi di hospital.

Kadang kadang umi ni berpanas hujan ulang alik hospital kalau kena ayah kerja shift pagi. Orang cakap kena hujan bentan. Tapi alhamdulillah umi masih bertahan. Masa dalam pantang pun umi bukan pantang sangat. Huru hara pantang umi. Niat nak gain weight asal terbantut.

Tak apa la. Asalkan umi sihat dan kuat untuk jaga auni sudahlah. Sampai la satu hari masa tu umi baru balik rumah setelah rooming in seminggu di NICU. Balik nak basuh2 baju dapat call dari hospital.

"Puan, saya doctor dari NICU. Kalau kami pindahkan auni ke wad melur (wad kanak kanak) macam mana?"

Umi pun gagap jugak time ni sebab tak sangka dapat call dan auni akan dipindahkan. Dengan keadaan auni pakai oksigen umi ingatkan auni tak pindah kemana mana la.  Umi pun redha je. Ikutlah kalau itu yang terbaik.

Hari umi nak rooming in tu la doc suruh pindah terus. Kiranya umi bawa beg tapi tak masuk bilik rooming in tu pun. Umi terus tunggu auni di pintu, nurse2 uruskan auni dan kami terus bergerak ke wad kanak kanak. Di wad ni macam budak budak ada. Umi macam kekok jugak.

Doctor tempatkan auni di bilik kuarantin sebab auni baru 4 bulan lebih dan pernah ada sejarah pneumonia dan kahak pun tak hilang lagi jadi doc takut ada jangkitan kuman lagi. Bilik ni sorang sorang. Ada umi dengan auni je. Special sikit la. Tv pun ada. Bilik air pun tak payah kongsi. Umi syukur jugak sebab tak payah nak bersesak sesak dengan ramai ramai diluar.

First time umi uruskan auni sendiri. Sebelum ni di NICU semua nurse tolong uruskan. Hehe. Esoknya pakar datang melawat.

"Saya dah sembang dengan pakar neuro di penang, dia nak tengok auni. Mungkin auni kena transfer di penang."

"Bila doc?" - masa ni umi cuak dah. Penang pulak!! Auni kan ada sejarah sawan dulu.

"Nanti tunggu pakar di penang maklum. Lagipun disana ada pakar respiratory. Boleh pantau keadaan paru paru auni. Sebab kahak dia tal mahu hilang."

Adui..kena tukar pergi penang pulak. Di penang keadaan wadnya lebih padat!

Macam mana ni?
Redha je la...

ROOMING IN DI NICU

8:41 PM

Umi ni tak nak rooming in NICU. Bukan taknak dekat ngan auni, tapi tak nak tido sana. Dia fobia macam mana pun tak tau nak cakap. Hehe. Tapi takut nak tido di hospital.

Tapi sampai bila umi nak takut kan. Jadi, umi gagahkan diri juga untuk tido di NICU supaya senang nak belajar apa apa yang patut pasal auni.

Di NICU ada bilik khas untuk ibu ibu. Ada dalam 10 katil macam tu. Macam asrama. Ada pantri dan ada toilet. Selesa sangat. Alhamdulillah. Bilik dah selesa. Kawan kawan ibu yang rooming in pun baik dan friendly sangat.

Bila umi rooming in NICU rupanya ramai lagi yang ada anak anak dengan pelbagai sakit yang pelik pelik. Jadi umi dapat semangat tu dari kawan kawan ibu di NICU..kami sama sama sokong antara satu sama lain.

Tak rasa janggal pun walau umi baru rooming in situ. Dorang ada yang dah 3 bulan tido situ, ada yang sebulan dua tido NICU, balim rumah kejap kejap pastu datang NICU balik. Tu la pengorbanan untuk anak..

Bila umi di NICU ramai baby dengan macam macam jenis dinogsis yang ada. Pelik pelik namanya. Masa ni umi rasa umi tak keseorangan. Umi ada ramai kawan.

Masa ni la kawan umi bertambah. Dapat kawan dengan nurse nurse NICU, PPK yang kerja di NICU, doktor2 dan pakar yang baik baik. Alhamdulillah, Allah hadirkan orang baik baik untuk umi berkawan.

Di NICU nurse ajar macam mana nak uruskan auni. Nak mandikan auni dan lain lain. Auni kan lembut, jadi umi kena belajar uruskan auni. Auni pula anak sulung umi. Kadang umi jeles tengok orang lain susukab baby dorang. Dapat pegang baby dorang. Umi bole juga pegang auni tapi dengan penuh hati hati la.

Auni pula guna ryles tube untuk feeding sebab saluran makan dan pernafasan auni lembut. Kalau minum ikut mulut dalam kuantiti yang banyak takut masuk paru paru.

Umi pun belajar suction kahak auni sebab auni banyak kahak. Plus auni pulak guna oksigen. Jadi umi ke belajar sampai yakin untuk uruskan auni, baru doc bagi balik.

Tapi auni pakai oksigen.
Camne?

BERPANTANG DALAM TANGISAN

10:50 AM

Bila dah kena cuci nanah maknanya kena admit wad lagi la untuk 3 ke 4 hari.

Hari pertama dalam bilik rawatan pakar cek luka umi dia ckp apa tau auni:

" kena gunting  jahitan ni puan. Kena buka balik."

"Yeke doc. Xde bius bius dulu ke?"

"Ni saya gunting terus dah ni."

Pap pap pap pap

Bunyi gunting. Doc dah gunting jahitan diperut umi sepantas kilat. Allahu. Time ni ok lagi.

Bila doc buka sikit bahagian luka tu dia cuci dengan sejenis cecair ape bende umi tak tahu dengan pedih Allahu. Dah la ramau student medic depan umi. Dalam 10 orang macam tu. Sambil pakar ni explain one by one.

Pakar tu cuci dalam perut umi. Kemudian dia sumbat swab dan balut sementara. Selang beberapa jam nanti akan dicuci lagi. Perut umi dah macam kuih mini burger tu. Sakit plus pedih. 3 4 kali juga umi kena cuci luka.

Esok pagi doc cek luka umi dia cakap luca cantik. Dah bole jahit balik. Lega umi dengar. Dengan harapan bole balik cepat. Tapi takut pun ada.

Masa ni umi tak dapat tengok auni. Sebab NICU dibawah. Umi ditingkat atas. Ayah je la yang ulang alik tengok umi dan auni. Kesian jugak kat ayah. Tapi tu la pengorbanan kan. Umi pam susu pun dah kelaut. Dok nebes nak kena jahit balik jahitan ni.

Pagi tu jugak 2 orang doc pakar tengok lagi luka umi. Dorang cakap luka cantik dan boleh jahit balik. Ok kena puasa. Doc ckp tengah hari nak buat kalau bilik OT tak ramai orang. Sekarang umi puasa.

Sampai tengah hari still nurse tak panggil. Tiba tiba nurse datang bagi tahu suruh maka  dulu lunch. Lepas lunch baru puasa.

Umi makan puku 12 macam tu. Kemudian umi puasa. Tunggu nurse panggil je. Sampai le petang tak ada apa apa. Umi ke toilet siap siap. Ready kot kot nanti nurse panggil.

Still tak ada apa apa. Puk 8 malam nurse datang tanya umi still puasa ke tak. Umi cakap still puasa. Sampai kering mulut umi. Kemudian umi tertido. Pukul 11 malam macam tu nurse suruh umi bangun ke toilet siap siap dan tukar baju biru nak ke bilik OT.. pukul 12 nurse tolak umi ke bilik OT.

Dalam perjalanan tu Allahu.

Berdebar Allah je tahu. Macam macam surah dan zikir umi baca. Takut sangat. Trauma oprate bersalin tak hilang lagi. Inilan kena jahit pulak. Kalau dulu dalam keadaa  mamai dan mengantuk. Kali ini dalam keadaan sedar sepenuhnya.

Selepas dibius, doc mulakan procedure. Semasa proses jahit berlansung umi bersembang dengan doc doc disitu macam kawan lama tak jumpa haha.

Sembang itu ini.

Dah siap semua umi masuk wad balik.

Tido sampai pagi.

Pagi tu pakar cek jahitan ok dia bagi balik petang tu. Alhamdulillah bole discaj. Hehe.

Nak tengok auni pulak. Umi anytime je bole tengok auni. Ayah je bole masuk waktu melawat.

Masa ni badan auni ada macam macam wayar lagi. Kemudian dikepala pun ada banyak wayar.

Pakar paediatrik terangka  yang itu wayar EEG. Untuk tengok sawan. Auni ada sawan.

Selepas sesi cooling therapy tamat. Auni tak respond seperti baby biasa. Kemudian auni mengalami sawan. Sebab tu kena pakai EEG. Untuk tengok elektrik dalam otak auni. Allahu.

Masa ni umi masih tak ada apa apa lagi. Lepas tu umi tanya doc perkembangan auni pulak. Sebab ada sawan, of course melibatka otak. Itu yang umi tanya doc. Doc masa ni terus terang keadaan auni.

Perkembangan auni akan lambat dari baby biasa. Fizikal auni pun lembut. Floppy baby. Low tone muscle. Dan doc pun tak pasti jenis auni ni macam mana. Tapi doc suspek Zellweger Syndrome. Kalau betul Zellweger Syndrome, biasanya jangka hayat tak lama. Tapi tak confirm lagi. Jadi dorang ambil darah hantar KL untuk tau jenis syndrome yang auni alami. Syndrome ada banyak. Tapi yang common syndrome down di Malaysia ni. 

Masa umi dengar semua tu umi dah tak bole blah. Tapi control lagi. Keluar NICU  terus banjir. Semahu mahunya umi nangis. Depan ayah umi nangis macam nak gila. Dalan pantang umi tak semanis ibu ibu lain. Yang seronok mengharungi hari hari pantang dengan keadaan yang baik dengan baby disisi. Umi? Pantang di dalam kereta. Ulang alik tengok auni.

Tapi lepas kena jahit kali kedua, umi banyak duduk dirumah. Rehat bagi betul betul sembuh luka. Ayah je la yang selalu tengok auni sambil hanyar susu. Umi seminggu sekali pergi la tengok auni.

Dalam pantang, umi banyak menangis. Kenangkan apa salah umi sepanjang mengandung. Kenapa kenapa kenapa???!

Sesetengah orang mungkin bole meroyan dah. Tapi umi masih waras dan bole kawal lagi. Mujur keluarga banyak tolong bagi sokongan.

Semua ni ketentuan Allah. Dalam keluarga belah umi dan ayah tak ada sejarah yang istimewa. Tapi Allah bagi sesuatu yang istimewa untuk umi dan ayah. Alhamdulillah. Syukur atas pemberian yang Maha Esa. Jaga elok elok.

Tapi walau umi redha dengan semuanya. Umi tetap menangis. Banyak menangis. Menangis. Menangis. Menangis. Allah. Tak dapat nak gambarkan.

Biarlah apa orang nak cakap. Umi teyap menangis. Tak bole kawal. Air mata mengalir sendiri.
Masa ni pelan pelan rasa sayang pada auni datang.

Sampai la nurse suruh rooming in di NICU sama dengan auni.

Hospital lagi?!

Fobia umi nak stay di Hospital.

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images