PENANG PULAK!

3:45 PM

Sedar tak sedar dah 4 bulan lebih auni di NICU. Auni masih tak dapat off oksigen. Tambahan pulak auni ada pneumonia banyak kali. Kahak pun tak mau hilang.

Tiap kali rooming in NICU selalu sedut kahak auni sebelum feeding. Dah beli macam macam minyak telon dan balm untuk hilangkab kahak auni. Namun tak sembuh jugak.

Umi rooming in seminggu, balik rumah sehari dua. Kadang kadang kalau ayah kerja shift pagi umi ikut ayah je pergi kerja. On the way nak ke tempat kerj ayah, ayah drop umi di hospital.

Kadang kadang umi ni berpanas hujan ulang alik hospital kalau kena ayah kerja shift pagi. Orang cakap kena hujan bentan. Tapi alhamdulillah umi masih bertahan. Masa dalam pantang pun umi bukan pantang sangat. Huru hara pantang umi. Niat nak gain weight asal terbantut.

Tak apa la. Asalkan umi sihat dan kuat untuk jaga auni sudahlah. Sampai la satu hari masa tu umi baru balik rumah setelah rooming in seminggu di NICU. Balik nak basuh2 baju dapat call dari hospital.

"Puan, saya doctor dari NICU. Kalau kami pindahkan auni ke wad melur (wad kanak kanak) macam mana?"

Umi pun gagap jugak time ni sebab tak sangka dapat call dan auni akan dipindahkan. Dengan keadaan auni pakai oksigen umi ingatkan auni tak pindah kemana mana la.  Umi pun redha je. Ikutlah kalau itu yang terbaik.

Hari umi nak rooming in tu la doc suruh pindah terus. Kiranya umi bawa beg tapi tak masuk bilik rooming in tu pun. Umi terus tunggu auni di pintu, nurse2 uruskan auni dan kami terus bergerak ke wad kanak kanak. Di wad ni macam budak budak ada. Umi macam kekok jugak.

Doctor tempatkan auni di bilik kuarantin sebab auni baru 4 bulan lebih dan pernah ada sejarah pneumonia dan kahak pun tak hilang lagi jadi doc takut ada jangkitan kuman lagi. Bilik ni sorang sorang. Ada umi dengan auni je. Special sikit la. Tv pun ada. Bilik air pun tak payah kongsi. Umi syukur jugak sebab tak payah nak bersesak sesak dengan ramai ramai diluar.

First time umi uruskan auni sendiri. Sebelum ni di NICU semua nurse tolong uruskan. Hehe. Esoknya pakar datang melawat.

"Saya dah sembang dengan pakar neuro di penang, dia nak tengok auni. Mungkin auni kena transfer di penang."

"Bila doc?" - masa ni umi cuak dah. Penang pulak!! Auni kan ada sejarah sawan dulu.

"Nanti tunggu pakar di penang maklum. Lagipun disana ada pakar respiratory. Boleh pantau keadaan paru paru auni. Sebab kahak dia tal mahu hilang."

Adui..kena tukar pergi penang pulak. Di penang keadaan wadnya lebih padat!

Macam mana ni?
Redha je la...

ROOMING IN DI NICU

8:41 PM

Umi ni tak nak rooming in NICU. Bukan taknak dekat ngan auni, tapi tak nak tido sana. Dia fobia macam mana pun tak tau nak cakap. Hehe. Tapi takut nak tido di hospital.

Tapi sampai bila umi nak takut kan. Jadi, umi gagahkan diri juga untuk tido di NICU supaya senang nak belajar apa apa yang patut pasal auni.

Di NICU ada bilik khas untuk ibu ibu. Ada dalam 10 katil macam tu. Macam asrama. Ada pantri dan ada toilet. Selesa sangat. Alhamdulillah. Bilik dah selesa. Kawan kawan ibu yang rooming in pun baik dan friendly sangat.

Bila umi rooming in NICU rupanya ramai lagi yang ada anak anak dengan pelbagai sakit yang pelik pelik. Jadi umi dapat semangat tu dari kawan kawan ibu di NICU..kami sama sama sokong antara satu sama lain.

Tak rasa janggal pun walau umi baru rooming in situ. Dorang ada yang dah 3 bulan tido situ, ada yang sebulan dua tido NICU, balim rumah kejap kejap pastu datang NICU balik. Tu la pengorbanan untuk anak..

Bila umi di NICU ramai baby dengan macam macam jenis dinogsis yang ada. Pelik pelik namanya. Masa ni umi rasa umi tak keseorangan. Umi ada ramai kawan.

Masa ni la kawan umi bertambah. Dapat kawan dengan nurse nurse NICU, PPK yang kerja di NICU, doktor2 dan pakar yang baik baik. Alhamdulillah, Allah hadirkan orang baik baik untuk umi berkawan.

Di NICU nurse ajar macam mana nak uruskan auni. Nak mandikan auni dan lain lain. Auni kan lembut, jadi umi kena belajar uruskan auni. Auni pula anak sulung umi. Kadang umi jeles tengok orang lain susukab baby dorang. Dapat pegang baby dorang. Umi bole juga pegang auni tapi dengan penuh hati hati la.

Auni pula guna ryles tube untuk feeding sebab saluran makan dan pernafasan auni lembut. Kalau minum ikut mulut dalam kuantiti yang banyak takut masuk paru paru.

Umi pun belajar suction kahak auni sebab auni banyak kahak. Plus auni pulak guna oksigen. Jadi umi ke belajar sampai yakin untuk uruskan auni, baru doc bagi balik.

Tapi auni pakai oksigen.
Camne?

BERPANTANG DALAM TANGISAN

10:50 AM

Bila dah kena cuci nanah maknanya kena admit wad lagi la untuk 3 ke 4 hari.

Hari pertama dalam bilik rawatan pakar cek luka umi dia ckp apa tau auni:

" kena gunting  jahitan ni puan. Kena buka balik."

"Yeke doc. Xde bius bius dulu ke?"

"Ni saya gunting terus dah ni."

Pap pap pap pap

Bunyi gunting. Doc dah gunting jahitan diperut umi sepantas kilat. Allahu. Time ni ok lagi.

Bila doc buka sikit bahagian luka tu dia cuci dengan sejenis cecair ape bende umi tak tahu dengan pedih Allahu. Dah la ramau student medic depan umi. Dalam 10 orang macam tu. Sambil pakar ni explain one by one.

Pakar tu cuci dalam perut umi. Kemudian dia sumbat swab dan balut sementara. Selang beberapa jam nanti akan dicuci lagi. Perut umi dah macam kuih mini burger tu. Sakit plus pedih. 3 4 kali juga umi kena cuci luka.

Esok pagi doc cek luka umi dia cakap luca cantik. Dah bole jahit balik. Lega umi dengar. Dengan harapan bole balik cepat. Tapi takut pun ada.

Masa ni umi tak dapat tengok auni. Sebab NICU dibawah. Umi ditingkat atas. Ayah je la yang ulang alik tengok umi dan auni. Kesian jugak kat ayah. Tapi tu la pengorbanan kan. Umi pam susu pun dah kelaut. Dok nebes nak kena jahit balik jahitan ni.

Pagi tu jugak 2 orang doc pakar tengok lagi luka umi. Dorang cakap luka cantik dan boleh jahit balik. Ok kena puasa. Doc ckp tengah hari nak buat kalau bilik OT tak ramai orang. Sekarang umi puasa.

Sampai tengah hari still nurse tak panggil. Tiba tiba nurse datang bagi tahu suruh maka  dulu lunch. Lepas lunch baru puasa.

Umi makan puku 12 macam tu. Kemudian umi puasa. Tunggu nurse panggil je. Sampai le petang tak ada apa apa. Umi ke toilet siap siap. Ready kot kot nanti nurse panggil.

Still tak ada apa apa. Puk 8 malam nurse datang tanya umi still puasa ke tak. Umi cakap still puasa. Sampai kering mulut umi. Kemudian umi tertido. Pukul 11 malam macam tu nurse suruh umi bangun ke toilet siap siap dan tukar baju biru nak ke bilik OT.. pukul 12 nurse tolak umi ke bilik OT.

Dalam perjalanan tu Allahu.

Berdebar Allah je tahu. Macam macam surah dan zikir umi baca. Takut sangat. Trauma oprate bersalin tak hilang lagi. Inilan kena jahit pulak. Kalau dulu dalam keadaa  mamai dan mengantuk. Kali ini dalam keadaan sedar sepenuhnya.

Selepas dibius, doc mulakan procedure. Semasa proses jahit berlansung umi bersembang dengan doc doc disitu macam kawan lama tak jumpa haha.

Sembang itu ini.

Dah siap semua umi masuk wad balik.

Tido sampai pagi.

Pagi tu pakar cek jahitan ok dia bagi balik petang tu. Alhamdulillah bole discaj. Hehe.

Nak tengok auni pulak. Umi anytime je bole tengok auni. Ayah je bole masuk waktu melawat.

Masa ni badan auni ada macam macam wayar lagi. Kemudian dikepala pun ada banyak wayar.

Pakar paediatrik terangka  yang itu wayar EEG. Untuk tengok sawan. Auni ada sawan.

Selepas sesi cooling therapy tamat. Auni tak respond seperti baby biasa. Kemudian auni mengalami sawan. Sebab tu kena pakai EEG. Untuk tengok elektrik dalam otak auni. Allahu.

Masa ni umi masih tak ada apa apa lagi. Lepas tu umi tanya doc perkembangan auni pulak. Sebab ada sawan, of course melibatka otak. Itu yang umi tanya doc. Doc masa ni terus terang keadaan auni.

Perkembangan auni akan lambat dari baby biasa. Fizikal auni pun lembut. Floppy baby. Low tone muscle. Dan doc pun tak pasti jenis auni ni macam mana. Tapi doc suspek Zellweger Syndrome. Kalau betul Zellweger Syndrome, biasanya jangka hayat tak lama. Tapi tak confirm lagi. Jadi dorang ambil darah hantar KL untuk tau jenis syndrome yang auni alami. Syndrome ada banyak. Tapi yang common syndrome down di Malaysia ni. 

Masa umi dengar semua tu umi dah tak bole blah. Tapi control lagi. Keluar NICU  terus banjir. Semahu mahunya umi nangis. Depan ayah umi nangis macam nak gila. Dalan pantang umi tak semanis ibu ibu lain. Yang seronok mengharungi hari hari pantang dengan keadaan yang baik dengan baby disisi. Umi? Pantang di dalam kereta. Ulang alik tengok auni.

Tapi lepas kena jahit kali kedua, umi banyak duduk dirumah. Rehat bagi betul betul sembuh luka. Ayah je la yang selalu tengok auni sambil hanyar susu. Umi seminggu sekali pergi la tengok auni.

Dalam pantang, umi banyak menangis. Kenangkan apa salah umi sepanjang mengandung. Kenapa kenapa kenapa???!

Sesetengah orang mungkin bole meroyan dah. Tapi umi masih waras dan bole kawal lagi. Mujur keluarga banyak tolong bagi sokongan.

Semua ni ketentuan Allah. Dalam keluarga belah umi dan ayah tak ada sejarah yang istimewa. Tapi Allah bagi sesuatu yang istimewa untuk umi dan ayah. Alhamdulillah. Syukur atas pemberian yang Maha Esa. Jaga elok elok.

Tapi walau umi redha dengan semuanya. Umi tetap menangis. Banyak menangis. Menangis. Menangis. Menangis. Allah. Tak dapat nak gambarkan.

Biarlah apa orang nak cakap. Umi teyap menangis. Tak bole kawal. Air mata mengalir sendiri.
Masa ni pelan pelan rasa sayang pada auni datang.

Sampai la nurse suruh rooming in di NICU sama dengan auni.

Hospital lagi?!

Fobia umi nak stay di Hospital.

ULANG ALIK UMI TENGOK AUNI

12:38 AM

Cukup 4 hari umi di wad. Doc dah benarkan umi balik. Doc dah tengok luka semua dah ok dia bagi balik. Masa umi di wad opah la yang teman waktu siang. Bila doc bagi balik rasa lapang sikit. Bole rest kat rumah.

Ada jugak nurse suruh umi stay dengan auni di NICU. Rooming in di NICU. Sebab auni tak boleh discaj lagi.

Tapi umi decide nak balik rumah dulu untuk beraihlan diri betul betul. Rehat puas puas. At the same time umi ulang alik NICU hantar susu.

Macam umi cakap sebelum ni. Masa ni umi tak ada perasaan sangat kat auni. Sebab tu kot umi mampu bertahan untuk berjauhan dengan auni. Dalam masa umi dok ulang alik tengok auni di NICU pun still tak ada perasaan. Cuma tengok dengan perasaan kosong. Tapi umi ambil tahu jugak pasal auni, tanya doc itu ini.

Baru je beberapa hari umi discaj, doc call suruh ke NICU. Doc brief pasal auni. Tempoh cooling therapy dah tamat. Tapi auni tak respond sepertimana bayi normal. Fizikal Auni terlalu lembut. Bukan lemah tau. Lembut.

Jadi doc putuskan nak buat MRI pada auni. Umi dan ayah macam lost. Kami turukan saja apa kata doc. Done MRI. Keputusan Normal.

Alhamdulillah.

Namun dic masih buntu sebab apa keadaan auni macam ni. Lembut. Keputusan MRI normal. Keputusan darah pun ok.

Jadi doc decide nak ambil air tulang belakang. Doc brief lagi pasal procedurenya. Umi dan ayah masih lost. Memang tak tahu nak buat apa. Kalau tak ambil air tulang belakang, membantutkan urusan doc untuk cari punca. Kalau ada kuman, bole la doc bagi ubat yang sesuai. Sudahnya umi setuju.

Ayah pun menitik juga air mata sado dia. Umi sedih juga masa ni. Tapi mungkin ini yang terbaik buat auni.

Keputuasan normal. Tiada kuman. Alhamdulillah.

Kebanyakkan test yang auni lalui adalah normal. Tapi kenapa auni jadi begitu?

Pada umi ayah ini kuasa Allah.

Umi pilih untuk ulang alik dulu sementara umi nak biasa dengan keadaan opration dan biar luka ni baik dulu baru umi nak rooming in dengan auni. Tapi perancangan Allah lagi baik.

Dalam pada umi ulang alik tengok auni dan hantar susu, luka opration umi dijangkiti kuman.

Nurse KK yang hari hari datang rumah cek keadaan umi dia suruh umi ke hospital sebab suhu umi 37 keatas. Mula mula umi degil tak mahu ke hospital. Serasa fobia tinggal di wad belum hilang. Takut kena tahan wad. Sebab tu umi degil.

3 hari lepas tu umi akur. Nurse pun dah tak nak kompromi lagi. Dia siap buat surat suruh umi ke hospital. Umi akur.

Sampai hospital dic ambil darah. Ada kuman dalam darah. Tahan wad. Fobia umi tak hilang lagi tau. Aduhai... malam tu jugak di wad luka umi keluar nanah. Banyak sangat.

Nurse cuci luka dan balut guna swab.
Esoknya doc tengok nanah still keluar.

Doc cakap kena buka jahitan balik. Cuci nanah. Then jahit balik!

Allahu !!!

UMI TAK ADA APA APA PERASAAN PUN MASA TENGOK AUNI

7:41 PM

13.11.2017
Kalut nurse tolak umi ke operation theater. Masa ni umi masih lali lagi kesan dari ubat tahan sakit tadi. Masa ni doc suruh sain consent ape bende ntah pun umi sain dalam mamai haha. Then doc brief sikit pasal nak operate ni.

"Puan duduk peluk bantal" - Doc nak cucuk bius. Umi mamai ja.

"Lembutkan badan puan."

"Ok dan selesai, puan boleh baring." Sambil doc tutup pandangan umi dengan kain. Walau umi mamai, umi still bole tengok dorang kalut dok uruskan umi nak belah perut.

"Nanti puan akan rasa tolakan, tarikan, dan mungkin puan akan terasa sedikit sengal. Puan teruskan bersembang dengan kami ya."

Lepastu doc pun belah perut umi bila umi dah tak terasa sakit. Tapi tolakan dan tarikan yg umi rasa memang kuat sebab auni dah masuk laluan, jadi doc kena tolak kepala auni keatas sikit untuk keluar kot perut. Masa ni umi mengantuk sangat. Umi nak tido tapi tak boleh sebab terasa orang dok robek robek perut umi.

Bila auni keluar spontan mata umi tengok jam pukul 4.25ptg. Tapi auni tak menangis. Doc cuma cakap umi dapat baby girl.

Auni doc terus kejarkan ke NICU.

Selesai perut umi dijahit dan dibersihkan, umi ditolak ke ruang menunggu di bilik OT tu. Umi cakap dekat nurse umi sejuk sangat. Ketar ketar tangan sejuk. Then nurse tolak alat pemanas kat umi.

Selang beberapa minit. Umi ditolak ke wad biasa. Dalam perjalanan umi tengok semua orang tunggu di depan dewan bedah tu. Ada atuk, opah, ayah auni..dan ramai lagi.

Masuk dalam wad, nurse suruh umi berehat. Janga  sembang sembang sangat. Yelah, umi pun macam teruja juga sebab auni dah keluar dan ramai keluarga dok tunggu.

Masa ni ayah ada dekat auni di NICU. Azan dan iqamatkan auni. Masa ayah naik wad umi baru pejamkan mata. Sebab kan nurse suruh rehat. Tapi umi rasa ciuman hangat ayah kat dahi umi.

6 jam umi kena baring tanpa bergerak. Pukul 12 malam baru umi jaga. Nurse suruh buka tudung sebab panas dan wad tu pun wad perempuan saja. Nurse suruh umi minum banyak air. Semua nurse buat. Umi masih seriau nak bergerak. Seriau sangat. Takut tau. Hehe. Pengalaman umi lahirkan auni. Anak sulung umi.

14.11.2017
Pagi ni pakar buat rondaan. Bila kena turn umi pakar brief pasal auni ditolak ke NICU. Auni diberi rawatan lanjut sebab auni tak menangis masa lahir. Mungkin kurang oksigen. Jadi doc berikan rawatan cooling therapy untuk 72 jam macam tu. Umi dengar dengan otak dan hati yang kosong.

Hari ni baru ayah tolak umi tengok auni di NICU. Nak jalan pun takut tau. Tapi nurse suruh jalan gak. Bagi darah jalan lancar. Masa ni umi tengok auni macam orang tak ada perasaan je. Tengok dengan pandangan kosong.

Badan auni penuh wayar!
Auni diberi rawatan cooling therapy.

WAH! MACAM NI KE SAKITNYA ?!

3:02 AM

12.11.2017
Pagi ni doc datang round pesakit. Macam macam orang umi tengok kat dalam wad ni. Tapi ni wad untuk ibu mengandung yang tunggu masa nak bersalin je. Ramai gak orang. Tiba giliran umi, doc pun datang tanya itu ini. Umi tak henti henti doa semoga dipermudahkan.

Kemudian doc cakap akan masukkan ubat untuk bagi bersalin cepat memandangkan air ketiban umi dah kurang. Pagi itu doc masukkan satu ubat dulu nak tengok macam mana. Kalau ok tak perlu la tambah ubat lagi.

Pagi tu jugak dalam pukul 10 lebih umi dah rasa sakit. Sakit macam senggugut. Sakit sangat. Dok kat katil tahan sakit kadang kadang tertidur sendiri. Tak lama pun, pastu jaga sebab sakit. Masa ni umi banyak buat solat sunat. Malam malam pun solat lagi. Sebab orang cakap kena banyak bersujud untuk mudahkan bersalin. Insyaallah.

Masa nak solat umi jumpa sorang ibu mengandung ni. Cantik. Dia pun tunggu masa je nak bersalin. Rupanya dia jiran katil umi. Haha. Punya tak perasan sebab layankan sakit. Rupanya dia pun doc kat hospital tu. Tapi humble ja ambil wad kelas biasa. Mungkin lepas melahirkan nanti dia ambil wad kelas yang lebih baik kot kan.

Di tempat solat tu umi perasan yang umi dengan doc tu je yang solat. Umi tak tuduh yang lain tak solat, tapi umi tengok keadaan telekung tak berubah. Dan tiap kali umi nak solat umi tak pernah tersempak dengan mana mana orang melainkan doc tu. Mungkin dorang solat di tepi katil masing masing. Tapi satu je umi belajar dari situ. Jangan pernah tinggal solat walau kita sakit macam mana sekalipun. Selagi boleh solat, solat lah. Minta doa pada Allah.

Hari pun menginjak malam. Memang tak boleh tidur. Sakit sangat. Malam ni sakit dia semakin bertambah. Umi tawaf dalam wad. Kurang sikit sakit. Tapi nurse suruh umi tidur. Masakan boleh tidur dengan sakit macam ni. Umi senggugut sebelum ni pun tak boleh tidur sebab sakit yakmat.

Umi pun balik kat katil. Dok tahan sakit. Malam ni ramai ibu ibu tahan sakit. Ada yang dah ditolak le labour room. Ada yang dok prepare nak ke operation theater mana ibu yang perlu dibedah. Sambil dok layan sakit umi tertidur.

13.11.2017
Umi tersedar jam 4 pagi sebab nurse dah kecoh kecoh ada ibu yang pengsan sambil dok tawaf wad. Pagi tu jugak tolak labour room sebab dah 4cm bukaan. Umi? Bila turn umi? Cuak tau auni.

Lepas tu umi tertidur balik. Jaga apabila subuh saja. Pagi tu doc buat ronda lagi. Katanya dah 3cm bukaa  umi. Standby untuk ke labour room. Ada juga nurse yang hairan sebab baru 3cm dah kena standby ke labour room. Umi ikut saja kalau itu saranan doc. Mungkin yang terbaik kan.

Umi pun call ayah bagitau nak ke labour room dah. Tunggu kat labour room sebab dah 3cm bukaan. Ayah pun kalit datang hospital. Tak lama kemudian ayah datang. Lepas umi makan minum semua nurse bawak umi ke labour room. Ayah pun ikut. Tapi ayah tak bole masuk. Sedih sangat. Tak apa la janji auni selamat lahir.

Dalam labour room sakit makin kuat dan kerap. Ada dua orang nurse teman umi sambil sembang sembang. Tak lama lepas tu umi disuntik ubat tahan sakit di peha. Lepas tu umi tertidur sebab ubat tu mengantuk.

Umi jaga bila tengah hari. Pukul 1 macam tu. Umi dahaga sangat. Umi nampak air dalam labour room tu. Tapi nak bangun tak boleh macam dipaku pulak rasa. Umi jerit panggil nurse. Tak siapa datang. Umi emosi. 3 kali panggil baru nurse datang. Datang dengan pakej bebelan manja hehe. Jatuh air mata umi. Lagikuat nurse tu bebel. Mungkin nurse tu pun penat sebab hari tu memang ramai orang akan melahirkan sebab dengar nurse sembang sebelum ni.

Bila jatuh air mata umi. Bacaan ctg dah tak cantik. Nurse panggil doc. Doc tengok dah fetal distress. Ready for opration !

KENAPA AUNI TAK KICK UMI?

8:47 AM

10.11.2017


Petang yang tenang, umi duduk di pangkin belakang rumah. Tengok ayam-ayam yang ayah ternak. Kalau auni nak tahu, ayah suka bela haiwan ternakan ni. Setakat ni ayah bela ayam. 

Mase ni umi tunggu auni kick perut umi. Umi kena kira 10 kali kick auni baru umi boleh tanda di buku check up umi. 

Tapi seharian ni umi rasa auni dah jarang kick. Tapi umi sedapkan hati, mungkin auni tidur. Umi minum air sejuk dengan harapan auni kick. Tak ada respond juga. Umi cucuk-cucuk perut umi dengan harapan auni balas balik cucukan umi dengan kick dari auni. Tapi hampa. Yang umi tahu auni bergerak sekejap-sekejap saja. Tak ada kick yang kuat pun. 

Hati umi tak sedap. Nak ke klinik umi seorang saja dirumah maktok. Ayah belum balij kerja lagi memandangkan ayah kerja shift petang. Umi message ayah cakap nak ke klinik atau hospital esok pagi. Ayah tanya kenapa then umi cerita la, kemudian ayah balas dan setuju untuk cek perut umi di hospital.

11.11.2017
Esoknya pagi-pagi lagi umi dengan ayah dah kehospital untuk cek keadaan auni. Umi dan ayah berjalan dengan penuh debaran ke unit kecemasan. Kemudian staff disitu bawa umi ke wad ibu mengandung untuk rawatan lanjut.

Di wad umi dibawa nurse ke satu bilik untuk cek bacaan jantung auni. Bacaannya cantik. Tak ada masalah. Setelah beberapa ketika doktor cakap nak scan tengok keadaan auni. Scan menunjukkan air ketuban kurang. 

Doktor tanya ada leaking or apa apa tanda yang rasa macam air keluar. Umi cakap tak ada. Doktor sahkab air ketuban kurang, jadi doktor terus rujuk ke hospital besar di sungai petani. 

Nurse suruh umi bagitahu ayah yang umi akan naik ambulans untuk ke sungai petani. Sebab dah jadi kes hospital sebab tu pihak hospital kena bawa naik ambulans. Ayah kena balik rumah bawa barang kelengkapan umi dan auni yang bakal lahir tak lama lagi dan follow belakang ambulans.

Nampaknya ayah tersangatlah gementar!

Pertama kali naik ambulans.
Umi sedikit berdebar saat ini. Hanya doa sahaja dipanjatkan pada yang Esa. Mudah-mudahan segalanya lancar.

Sampai di hospital sungai petani, umi terus dibawa ke bahagian wad bersalin dan masuk bilik khas untuk cek keadaan jantung auni sama macam di hospital awal tadi. 

Perut umi discan sekali lagi oleh doktor. Sama. Air ketuban kurang. Doktor cakap dia akan panggil kawan dia seorang lagi untuk tengok. Doktor yang kedua pun tengok dan memang sah air ketuban kurang. 

Tapi tak ada tanda-tanda leaking?

Tak apa lah. Then doktor cakap kena admit wad  untuk induce sebab tak ada contraction. Bahaya biarkan auni dalan rahim lama-lama memandangkan air ketuban dah kurang. Mujir masa ni auni dah berusia 38 minggu. Dah sempurna kejadiannya. Kalau ikut due lagi dua minggu.

Hmm...nampaknya auni macam kena keluar awal 2 minggu ni. 

Umi keluar cari ayah. Ayah dah siap siaga dengan beg-beg umi. Nampak air muka ayah sangat takut dan gementar. Nurse panggil untuk makan dulu sebelum naik wad. 

Ketika makan umi berkenalan dengan seorang ibu ni. Dia pun bakal melahirkan. Perut dia besar. Badan kecil saja. Umi? Badan bole tahan tapi perut comel saja. Macam-macam keadaan orang mengandung. Sambil makan kami borak-borak.

Selesai, nurse bawa umi dan ayah naik wad. Ayah tunggu umi untuk seketika. Hari tu ayah tak pergi kerja. Kalau pergi kerja pun tak keruan rasanya. Lewat petang ayah balik. Tinggal umi kesorangan di wad bersama rakan-rakan seperjuangan lain.

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images