KENAPA AUNI TAK KICK UMI?

8:47 AM

10.11.2017


Petang yang tenang, umi duduk di pangkin belakang rumah. Tengok ayam-ayam yang ayah ternak. Kalau auni nak tahu, ayah suka bela haiwan ternakan ni. Setakat ni ayah bela ayam. 

Mase ni umi tunggu auni kick perut umi. Umi kena kira 10 kali kick auni baru umi boleh tanda di buku check up umi. 

Tapi seharian ni umi rasa auni dah jarang kick. Tapi umi sedapkan hati, mungkin auni tidur. Umi minum air sejuk dengan harapan auni kick. Tak ada respond juga. Umi cucuk-cucuk perut umi dengan harapan auni balas balik cucukan umi dengan kick dari auni. Tapi hampa. Yang umi tahu auni bergerak sekejap-sekejap saja. Tak ada kick yang kuat pun. 

Hati umi tak sedap. Nak ke klinik umi seorang saja dirumah maktok. Ayah belum balij kerja lagi memandangkan ayah kerja shift petang. Umi message ayah cakap nak ke klinik atau hospital esok pagi. Ayah tanya kenapa then umi cerita la, kemudian ayah balas dan setuju untuk cek perut umi di hospital.

11.11.2017
Esoknya pagi-pagi lagi umi dengan ayah dah kehospital untuk cek keadaan auni. Umi dan ayah berjalan dengan penuh debaran ke unit kecemasan. Kemudian staff disitu bawa umi ke wad ibu mengandung untuk rawatan lanjut.

Di wad umi dibawa nurse ke satu bilik untuk cek bacaan jantung auni. Bacaannya cantik. Tak ada masalah. Setelah beberapa ketika doktor cakap nak scan tengok keadaan auni. Scan menunjukkan air ketuban kurang. 

Doktor tanya ada leaking or apa apa tanda yang rasa macam air keluar. Umi cakap tak ada. Doktor sahkab air ketuban kurang, jadi doktor terus rujuk ke hospital besar di sungai petani. 

Nurse suruh umi bagitahu ayah yang umi akan naik ambulans untuk ke sungai petani. Sebab dah jadi kes hospital sebab tu pihak hospital kena bawa naik ambulans. Ayah kena balik rumah bawa barang kelengkapan umi dan auni yang bakal lahir tak lama lagi dan follow belakang ambulans.

Nampaknya ayah tersangatlah gementar!

Pertama kali naik ambulans.
Umi sedikit berdebar saat ini. Hanya doa sahaja dipanjatkan pada yang Esa. Mudah-mudahan segalanya lancar.

Sampai di hospital sungai petani, umi terus dibawa ke bahagian wad bersalin dan masuk bilik khas untuk cek keadaan jantung auni sama macam di hospital awal tadi. 

Perut umi discan sekali lagi oleh doktor. Sama. Air ketuban kurang. Doktor cakap dia akan panggil kawan dia seorang lagi untuk tengok. Doktor yang kedua pun tengok dan memang sah air ketuban kurang. 

Tapi tak ada tanda-tanda leaking?

Tak apa lah. Then doktor cakap kena admit wad  untuk induce sebab tak ada contraction. Bahaya biarkan auni dalan rahim lama-lama memandangkan air ketuban dah kurang. Mujir masa ni auni dah berusia 38 minggu. Dah sempurna kejadiannya. Kalau ikut due lagi dua minggu.

Hmm...nampaknya auni macam kena keluar awal 2 minggu ni. 

Umi keluar cari ayah. Ayah dah siap siaga dengan beg-beg umi. Nampak air muka ayah sangat takut dan gementar. Nurse panggil untuk makan dulu sebelum naik wad. 

Ketika makan umi berkenalan dengan seorang ibu ni. Dia pun bakal melahirkan. Perut dia besar. Badan kecil saja. Umi? Badan bole tahan tapi perut comel saja. Macam-macam keadaan orang mengandung. Sambil makan kami borak-borak.

Selesai, nurse bawa umi dan ayah naik wad. Ayah tunggu umi untuk seketika. Hari tu ayah tak pergi kerja. Kalau pergi kerja pun tak keruan rasanya. Lewat petang ayah balik. Tinggal umi kesorangan di wad bersama rakan-rakan seperjuangan lain.

You Might Also Like

0 Comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images